Zelenskyy sedia tukar tentera Korea Utara dengan tahanan Ukraine

Zelenskyy sedia tukar tentera Korea Utara dengan tahanan Ukraine

VOLODYMYR ZELENSKY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy mengumumkan kesediaan menyerahkan tentera Korea Utara kepada pemimpin mereka, Kim Jong Un. 

Namun, Zelenskyy menetapkan syarat jika Jong Un boleh mengatur pertukaran anggota tersebut dengan warga Ukraine yang ditawan di Russia.

Zelenskyy berkata, Ukraine berjaya menawan dua tentera Korea Utara di wilayah Kursk dan pertama kali mengumumkan penangkapan mereka yang dilaporkan masih hidup.

“Selain askar pertama Korea Utara yang ditangkap, sudah pasti akan ada lebih banyak lagi selepas ini. Hanya menunggu masa sebelum tentera kami berjaya menangkap yang lain.

“Ukraine bersedia untuk menyerahkan tentera Kim Jong Un, jika beliau boleh mengatur pertukaran untuk pahlawan Ukraine yang ditahan di Russia,” katanya dalam platform media sosial X.

Penilaian Ukraine dan Barat mengatakan kira-kira 11,000 tentera Korea Utara ditempatkan di wilayah Kursk untuk menyokong Moscow, malah Russia tidak mengesahkan mahupu menafikan kehadiran mereka.

Beliau turut menyiarkan video pendek yang menunjukkan sesi soal siasat dua lelaki yang dilaporkan sebagai tentera Korea Utara itu. 

Seorang daripada mereka dilihat berbaring di atas katil dengan tangan berbalut, manakala seorang lagi duduk dengan balutan di rahangnya.

Seorang daripadanya berkata melalui jurubahasa, dia tidak tahu akan bertempur melawan Ukraine sebaliknya hanya diberitahu sedang menjalani latihan.

Dia memberitahu terpaksa bersembunyi di tempat perlindungan semasa serangan itu dan ditemukan beberapa hari kemudian. 

Katanya, jika diarah pulang ke Korea Utara, dia akur tetapi bersedia untuk tinggal di Ukraine jika diberi peluang.

“Bagi tentera Korea Utara yang tidak mahu pulang, mungkin terdapat pilihan lain dan mereka yang menyatakan keinginan untuk membawa keamanan lebih dekat dengan menyebarkan kebenaran tentang perang ini dalam bahasa Korea akan diberikan peluang,” kata Zelenskyy tanpa memberikan butiran khusus mengenainya. -REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya