Yu Qi lunas dendam, ungguli Terbuka Malaysia

Yu Qi lunas dendam, ungguli Terbuka Malaysia

PEMAIN perseorangan lelaki China, Shi Yu Qi dinobatkan sebagai juara selepas menewaskan pemain Denmark, Anders Antonsen pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2025, di Axiata Arena, di sini hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Shi Yu Qi mengekalkan reputasinya selaku pemain No. 1 dunia apabila menewaskan juara bertahan dari Denmark, Anders Antonsen pada perlawanan akhir Terbuka Malaysia 2025 di Axiata Arena, sebentar tadi.

Pemain China berusia 28 tahun itu turut melunaskan dendamnya pada edisi tahun lalu yang mana beliau terpaksa akur dengan Antonsen menyaksikan Denmark terus menguasai perseorangan lelaki sejak 2022 pada kejohanan berstatus Super 1000.

Yu Qi berkata, beliau berbangga dengan kemenangan ini akhirnya menamatkan kemarau China dalam perseorangan lelaki yang kali terakhir dimenangi oleh Lin Dan pada 2019.

“Saya sangat gembira kerana sudah lama pemain perseorangan lelaki China tidak memenangi gelaran di Malaysia. Tahun lalu saya berdepan dengannya (Antonsen) beliau dalam prestasi yang sangat baik.

“Jadi pada perlawanan hari ini saya mengatasinya sekali lagi selepas perlawanan akhir pada Jelajah Dunia Akhir 2024 di Hangzhou,” kata Yu Qi kepada pemberita sejurus tamat perlawanan, hari ini.

Yu Qi muncul juara pada Jelajah Dunia Akhir 2024 pada Disember selepas turut menewaskan pemain berusia 27 tahun itu dengan kemenangan straight set 18-21, 14-21.

Kemenangan itu menyaksikan Yu Qi membawa pulang wang tunai sebanyak AS$101,500 (RM456,600) manakala Antonsen pula menerima AS$49,300 (RM221,777).

Untuk rekod, Denmark menguasai perseorangan lelaki menerusi Viktor Axelsen pada 2022 dan 2023 manakala Antonsen mengungguli tahun lalu.

Sementara itu, beregu pecah ganding dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran mencipta kejutan selepas mengatasi pasangan No. 1 dunia, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping.

Pasangan No. 57 dunia itu muncul juara pada pertemuan sulung dengan wakil China itu 13-21, 21-19, 18-21 dalam masa 80 minit.

Dechapol berkata, beliau gembira usahanya selama ini terbalas dengan Supissara untuk menewaskan pasangan terbaik dunia berkenaan.

“Saya sangat gembira yang kami mampu melakukannya (menewaskan gandingan China). Kami bertungkus lumus untuk merangkul gelaran ini,” kata Dechapol. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya