Yew Sin-Ee Yi kekalkan rentak kemenangan

Yew Sin-Ee Yi kekalkan rentak kemenangan

BEREGU profesional negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi meraikan kemenangan selepas menewaskan pasangan Korea Selatan, Jin Yong-Kang Min Hyuk pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2025 di Axiata Arena, hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Satu kemenangan sensasi, beregu veteran negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi mara ke suku akhir selepas dipaksa berhempas pulas sebelum membenam Jin Yong-Kang Min Hyuk dari Korea Selatan pada pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2025 di Axiata Arena, sebentar tadi.

Menghuni ranking ke-24 dunia, Yew Sin-Ee Yin mengambil masa 69 minit untuk mengetepikan cabaran beregu pecah ganding itu 23-21, 16-21, 21-18.

Kejayaan itu menyaksikan Yew Sin-Ee Yi menjejakkan kaki ke peringkat lapan terbaik buat kali keempat berturut-turut selepas berjaya berbuat demikian pada 2022, 2023 dan 2024.

Ee Yi berkata, walaupun pasangan Korea Selatan itu beregu pecah ganding, namun beliau bersama Yew Sin sukar untuk mengetepikan mereka susulan gandingan itu meraih pengalaman pada musim lalu.

Yong merupakan juara China Masters bersama juara dunia 2023, Seo Seung Jae manakala Min Hyuk turut merangkul gelaran dunia bersama pemain berkenaan.

“Mereka (Yong-Min Hyuk) merupakan pasangan yang padu dan lebih konsisten. Jadi tidak mudah untuk kami mematikan bulu tangkis itu. Jadi, kami harus bersabar untuk mengutip mata.

“Kemenangan ini sememangnya menggembirakan kami, namun kami tidak boleh mengambil kesempatan (terhadap kemenangan ini) kerana ada lagi perlawanan yang kami perlu hadapi,” kata Ee Yi kepada pemberita sejurus tamat perlawanan.

Pada suku akhir, beregu Malaysia itu dijangka berdepan sama ada rakan senegara, Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong ataupun pilihan ketujuh dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty.

Yew Sin berkata, beliau lebih memilih untuk berentap bersama Azriyn-Wee Kiong berbanding beregu India itu pada aksi suku akhir supaya pada perlawanan empat terakhir melihat Malaysia mempunyai wakil.

“Kalau boleh kami mahu lawan dengan Malaysia (pada suku akhir). Jadi, kalau di peringkat separuh akhir sudah tentu ada satu wakil (Malaysia) yang akan berentap,” kata Yew Sin.

Bagaimanapun, rekod pencapaian Yew Sin-Ee Yi tidak begitu memberangsangkan di suku akhir setelah mereka terkandas kepada beregu Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto pada 2022 dan 2023, manakala, tahun lalu, mereka kecundang di tangan pasangan Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya