Wei Chong-Kai Wun tersingkir, kemarau Terbuka Malaysia berpanjangan

Wei Chong-Kai Wun tersingkir, kemarau Terbuka Malaysia berpanjangan

AKSI pasangan beregu lelaki negara, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun ketika menentang pasangan China, Chen Bo Yang dan Liu Yi pada separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2025, di Axiata Arena, di sini hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kemarau gelaran pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia masih berterusan, selepas wakil terakhir negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang turun ke gelanggang pada separuh akhir turut disekat kemaraan mereka di Axiata Arena, hari ini.

Gandingan No. 14 dunia itu tewas kepada pasangan China yang menghuni ranking ke-18 dunia, Chen Bo Yang-Liu Yi 26-24, 16-21, 15-21 dalam masa 1 jam 17 minit.

Kali terakhir wakil negara menjuarai Terbuka Malaysia ialah pada edisi 2018 menerusi bekas jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei dalam acara perseorangan lelaki.

Bagaimanapun, untuk saingan beregu lelaki, kali terakhir gandingan negara merangkul gelaran ialah pada edisi 2014 melalui Goh V Shem-Lim Khim Wah.

Kekalahan Wei Chong-Kai Wun ke atas Bo Yang-Liu Yi telah membuka laluan kepada gandingan China itu menyamakan rekod pertemuan menjadi 1-1.

Wei Chong ketika ditemui pemberita selepas perlawanan berkata, walaupun berjaya mara sehingga ke separuh akhir dalam kejohanan pertama, musim ini, tetapi dia masih belum berpuas hati dengan permainannya.

“Kami tidaklah kecewa sangat, tetapi, dalam masa sama kami juga belum puas hati dengan pencapaian kami di Terbuka Malaysia.

“Selepas ini masih banyak lagi kejohanan yang perlu kami sertai dan harap dapat perbaiki kekurangan kami menjelang Terbuka India, minggu depan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya