Wanita tertua meninggal dunia pada usia 116 tahun

Wanita tertua meninggal dunia pada usia 116 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Tomiko Itooka, wanita Jepun yang diiktiraf sebagai individu tertua dunia oleh Guinness World Records, meninggal dunia pada usia 116 tahun di sebuah rumah penjagaan di Ashiya, wilayah Hyogo, Jepun, pada 29 Disember lalu.

Pegawai Dasar Warga Emas, Yoshitsugu Nagata memaklumkan Itooka, yang lahir pada 23 Mei 1908, meninggalkan legasi panjang sebagai simbol kekuatan dan ketabahan.

Itooka dinobatkan sebagai individu tertua dunia tahun lalu, selepas kematian Maria Branyas yang berusia 117 tahun, menurut Gerontology Research Group.

Hari lahirnya yang ke-116 diraikan tahun lalu dengan kek, jambangan bunga dan kad ucapan daripada Datuk Bandar Ashiya, Ryosuke Takashima.

Dilahirkan di Osaka, Itooka dikenali sebagai individu berjiwa muda sejak zaman sekolah, malah pernah menjadi pemain bola tampar.

Pada usia 20 tahun, beliau berkahwin dan dikurniakan empat anak, dua perempuan dan dua lelaki.

Semasa Perang Dunia Kedua, Itooka menguruskan pejabat kilang tekstil milik suaminya.

Selepas suaminya meninggal dunia pada 1979, Itooka hidup bersendirian di Nara sebelum berpindah ke rumah penjagaan.

Mendiang meninggalkan seorang anak lelaki, seorang anak perempuan dan lima cucu.

Menurut Nagata, pengebumian Itooka diadakan secara tertutup bersama keluarga dan rakan terdekat.

Sepanjang hayatnya, Itooka telah menyaksikan pelbagai peristiwa bersejarah termasuk peperangan dunia, pandemik, dan revolusi teknologi.

Individu tertua di dunia kini adalah seorang biarawati Brazil, Inah Canabarro Lucas, yang berusia 116 tahun, dilahirkan 16 hari selepas Itooka.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN