Vivian-Chiew Sien, Wei Chong-Kai Wun turut mara ke pusingan kedua

Vivian-Chiew Sien, Wei Chong-Kai Wun turut mara ke pusingan kedua

AKSI pasangan beregu wanita negara, Vivian Hoo-Lim Chiew Sien ketika menentang pasangan Taiwan, Cheng Yu Pei-Sun Yu Hsing pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2025, di Axiata Arena, semalam. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Beregu wanita profesional negara, Vivian Hoo-Lim Chiew Sien terus menceriakan peminat yang hadir di Axiata Arena, apabila muncul wakil Malaysia kedua yang meneruskan kemaraan ke peringkat 16 terbaik pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2025, malam tadi.

Pasangan yang menghuni ranking ke-43 dunia itu tidak berdepan masalah mengetepikan gandingan ke-62 dunia Cheng Yu Pei-Sun Yu Hsing dari Taiwan 21-11, 21-17 dalam masa 33 minit.

Pada peringkat 16 terbaik, Vivian-Chiew Sien bakal berdepan laluan getir menentang beregu No. 1 dunia, Liu Sheng Shu-Tan Ning dari China.

Vivian yang kini berusia 34 tahun telahpun mengumumkan akan bersara pada Terbuka Malaysia dan aksinya berdepan pemenang pingat perak Sukan Olimpik 2024 di Paris itu mungkin menjadi penampilan terakhir jika dia dan Chiew Sien tewas.

Sementara itu, dalam saingan beregu lelaki, gandingan No. 14 dunia, Man Wei Chong-Tee Kai Wun turut mengukir kemenangan ke atas Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura dari Jepun 21-12, 21-17 dalam masa 38 minit.

Kemenangan ke atas beregu No. 19 dunia itu menyaksikan Wei Chong-Kai Wun melangkah ke pusingan kedua untuk bertemu pilihan kelapan, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan dari Taiwan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya