Virus HMPV dikesan di Indonesia, libat kes kanak-kanak

Virus HMPV dikesan di Indonesia, libat kes kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA : Virus Human Metapneumovirus (HMPV) dilaporkan dikesan di Indonesia, melibatkan kes kanak-kanak.

Menteri Kesihatan Indonesia, Budi Gunadi Sadikin berkata, virus HMPV sudah lama ditemukan di Indonesia.

“Jika diuji, memang ada kes. Saya sendiri melihat data di beberapa makmal dan mendapati beberapa kanak-kanak dijangkiti HMPV,” katanya.

Bagaimanapun, Budi menegaskan HMPV berbeza dengan virus Covid-19 dan ia bukanlah virus yang mematikan.

“Berbeza dengan Covid-19 yang muncul beberapa tahun lalu, HMPV adalah virus lama yang ditemukan sejak 2001 dan merebak di seluruh dunia. Selama ini tidak ada kejadian luar biasa,” katanya.

HMPV dikatakan menyerupai gejala selesema biasa seperti batuk, demam, selesema dan sesak nafas.

Sebahagian besar pesakit akan sembuh sendiri tanpa memerlukan rawatan khusus.

Virus ini tersebar melalui droplet atau percikan air liur daripada individu yang dijangkiti, sama seperti cara penyebaran virus selesema lain.

Namun, kumpulan berisiko seperti kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai masalah kesihatan tertentu dinasihatkan agar lebih berwaspada.

Menteri Kesihatan turut menggesa masyarakat agar mengamalkan gaya hidup sihat termasuk mendapatkan rehat yang mencukupi,kerap mencuci tangan, memakai pelitup muka ketika tidak sihat dan mendapatkan rawatan perubatan segera jika mengalami gejala yang mencurigakan.

Langkah berjaga-jaga ini penting bagi memastikan penularan virus HMPV dapat dikawal dengan baik.–AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya