Ukraine perlukan 200,000 tentera asing laksana gencatan senjata

Ukraine perlu bantuan 200,000 tentera asing laksana gencatan senjata

ANGGOTA kerahan Ukraine mengendalikan kenderaan tentera berperisai di wilayah Sumy, berhampiran sempadan dengan Russia, pada 14 Ogos lepas.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky berkata, sebarang perjanjian damai yang dipersetujui dengan Russia memerlukan sekurang-kurangnya 200,000 pasukan pengaman Eropah untuk mengawasinya.

Bercakap di Forum Ekonomi Dunia di Davos, Zelensky berkata, sebarang perjanjian untuk menamatkan konflik itu perlu diawasi oleh kontinjen besar pengaman asing.

“Memandangkan saiz tentera Ukraine yang kecil berbanding Russia, kita memerlukan kontinjen dengan bilangan askar yang sangat kuat untuk mendapatkan sebarang perjanjian damai.

“Daripada semua orang Eropah? 200,000 adalah jumlah minimum. Jika tidak, tiada apa-apa yang akan berlaku,” katanya.

Beliau berkata, sebarang pengaturan lain hanya akan berakhir seperti misi pemantauan diketuai oleh Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (OSCE) di timur Ukraine yang hancur apabila Russia melancarkan pencerobohan berskala penuh pada Februari 2022.

“Mereka mempunyai pejabat dan itu sahaja,” kata Zelensky, menggariskan keperluan dari perspektif Ukraine untuk pasukan bersenjata menghalang serangan Russia selanjutnya.

Zelensky berulang kali menegaskan Ukraine mesti diwakili pihak antarabangsa pada sebarang rundingan untuk menamatkan konflik dan hanya jaminan keselamatan yang teguh boleh menghalang Russia daripada menyerang lagi.

Beliau bimbang Moscow akan menggunakan gencatan senjata untuk membina semula tenteranya sepertimana perjanjian damai antara pemisah yang disokong Kremlin dan Kyiv pada 2014 yang gagal menghentikan pencerobohan berskala penuh Moscow pada 2022.

Dalam ucapan awal di Davos, Zelensky turut menyeru Eropah untuk mewujudkan dasar pertahanan Bersama.

Tambahnya, ibu negara Eropah harus bersedia untuk meningkatkan perbelanjaan, sambil mempersoalkan komitmen Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump terhadap Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) blok keselamatan yang diketuai AS.

Trump semalam menyatakan beliau akan mempertimbangkan untuk mengenakan sekatan baharu ke atas Russia jika Presidennya, Vladimir Putin enggan merundingkan perjanjian untuk menamatkan perang di Ukraine.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya