Trump diyakini bawa keamanan di Asia Barat - Utusan Malaysia

Trump diyakini bawa keamanan di Asia Barat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DAMSYIK:  Pemimpin baharu Syria, Ahmed al-Sharaa menzahirkan ucapan tahniah kepada Donald Trump berhubung pelantikan sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) baharu. 

Beliau malah yakin AS akan ‘membawa keamanan di Asia Barat’ dan berhasrat menjalinkan hubungan dengan negara itu. 

“Kami yakin beliau adalah pemimpin yang akan membawa keamanan ke Asia Barat dan memulihkan kestabilan di rantau ini.

“Kami berharap untuk meningkatkan hubungan antara kedua-dua negara berdasarkan dialog dan persefahaman,” katanya dalam kenyataan. 

Ahmed berkata, kerajaan peralihan yang ditadbirnya sekarang berusaha mencari sokongan kewangan bagi membantu membina semula negara itu, selepas lebih 13 tahun terjerumus ke dalam konflik yang memusnahkan. 

Kerajaan Peralihan Syria berharap sekatan yang dikenakan oleh negara-negara Barat terhadap pentadbiran Bashar al-Assad ditarik balik. 

Bagaimanapun, beberapa Kerajaan masih teragak-agak kerana mahukan masa untuk melihat bagaimana pihak berkuasa baharu melaksanakan kuasa mereka. 

AS dan negara-negara Eropah serta negara jira Syria menekankan keperluan bagi pemerintah baharu untuk memerangi ‘keganasan dan ekstremisme’. 

AS dilaporkan masih mengekalkan tentera di utara Syria sebagai sebahagian daripada gabungan anti-jihad. -AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya