Trump angkat sumpah Presiden AS ke-47 - Utusan Malaysia

Trump angkat sumpah Presiden AS ke-47

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Calon Republikan, Donald Trump mengangkat sumpah untuk penggal kedua sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-47 di dalam bangunan Capitol, Washington, hari ini. 

Sambil disaksikan oleh ratusan ribu penyokong menerusi siaran secara langsung, Trump, 78, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Ketua Hakim, John Roberts. 

Acara itu juga buat kali pertama dalam tempoh 40 tahun dipindahkan ke dalam lokasi tertutup berikutan cuaca sejuk melampau.

Kali terakhir majlis pelantikan dipindahkan ke dalam bangunan kerana cuaca sejuk melampau pada 1985 semasa upacara angkat sumpah kali kedua bekas Presiden Republikan, Ronald Reagan.

Bekas Presiden AS ke-45 itu menggantikan Joe Biden selepas mengalahkan calon Demokrat, Kamala Harris pada Pilihan Raya Presiden AS, 5 November lepas.

Sejak memenangi pilihan raya 2016, Trump dikenali dengan pendekatannya yang tidak konvensional dalam menangani hubungan luar negara selain keperibadiannya yang sukar diramal. -CNN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya