Trafik sesak, cuti minggu berubah

Trafik sesak, cuti minggu berubah

KESESAKAN sering berlaku di Jalan Tun Razak di Taman Tasek, Johor Bahru terutamanya pada waktu pagi dan petang. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Laluan utama serta pusat bandar negeri ini dijangka kian sesak susulan pertukaran cuti hujung minggu ke hari Sabtu dan Ahad, bermula tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, hal itu disebabkan berlaku pertembungan cuti hujung minggu antara kakitangan kerajaan, swasta serta rakyat Singapura.

Justeru, beliau berharap pelbagai projek naik taraf jalan raya yang sedang dilaksanakan, khususnya di sekitar Johor Bahru akan dilakukan mengikut jadual ditetapkan.

“Memang kita jangka jalan raya di sekitar Johor Bahru termasuk lebuh raya akan menjadi lebih sesak, khususnya pada waktu puncak, ini kerana waktu sama bagi sektor kerajaan, swasta dan juga rakyat Singapura.

“Kita sedang lakukan pelbagai naik taraf jalan termasuk pelebaran Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Pasir Gudang serta laluan-laluan utama lain untuk mengatasinya. Walaupun dilakukan secara berperingkat, kami sasar ia dapat bantu menyuraikan trafik, sekali gus mengelak kesesakan menjadi lebih teruk,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Tiga laluan katanya, telah dikenal pasti bagi membantu menyuraikan trafik keluar dan masuk kawasan pusat bandar Johor Bahru iaitu laluan Iskandar Puteri, laluan Tebrau dan laluan Skudai.

“Usaha ini sedang dimuktamadkan dan sekiranya berjalan mengikut perancangan, ia akan melengkapi perkhidmatan Rapid Transit System Link (RTS Link) yang dijadual beroperasi pada Januari 2027,” katanya.

Katanya, penyediaan jaringan pengangkutan awam yang lebih bersepadu dan berkualiti dijangka akan mengurangkan jumlah penggunaan kenderaan persendirian, sekali gus mengurangkan kesesakan jalan raya.

“Kami berharap apabila semua perancangan ini menjadi kenyataan, penduduk Johor Bahru akan menjadikan perkhidmatan pengangkutan awam sebagai pilihan utama mereka,” katanya.

Habis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya