TNB waspada ancaman UiTM HA-KPT

TNB waspada ancaman UiTM HA-KPT

PASUKAN Tenaga Nasional Berhad (TNB) bakal membuat perhitungan dengan UiTM HA-KPT dalam aksi Liga Hoki Malaysia (LHM) di Bukit Jalil, esok.- IHSAN KHM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua jurulatih hoki Tenaga Nasional Berhad (TNB), Nor Saiful Zaini Nasiruddin enggan memandang rendah terhadap keupayaan UiTM HA-KPT apabila kedua-dua pasukan itu bertemu dalam aksi Liga Hoki Malaysia (LHM) esok.

Di atas kertas TNB merupakan pasukan pilihan apabila dibarisi pemain kebangsaan namun Nor Saiful berkata UiTM HA-KPT mampu menjadi ancaman kepada anak-anak buahnya.

Bekas jurulatih skuad remaja negara itu berkata dia menghormati pasukan lawan yang dibarisi beberapa pemain muda berkaliber dalam pertemuan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

“Kita kena tahu, UiTM HA-KPT ada pemain baharu dan ada sebahagian daripada mereka pernah bermain untuk negara di peringkat remaja.

“Saya tahu mereka boleh buat (beri ancaman) dan disebabkan itu kami tidak boleh memandang rendah kepada mereka. Saya tak boleh cakap tiga mata dalam tangan, tak boleh.

“Kami menghormati mereka sebagai lawan dan semestinya kami akan bersaing untuk mendapatkan tiga mata,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Katanya lagi, kejutan yang dilakukan UiTM HA-KPT ketika menewaskan Maybank 3-1 pada 15 Januari lalu menjadi petunjuk jelas bahawa mereka bukan sebarang lawan.

“UiTM HA-KPT kalahkan Maybank baru-baru ini dan itu jelas menunjukkan kami tidak boleh membuat kesilapan ketika menentang mereka nanti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya