Tiga nelayan Malaysia hanyut berjaya diselamatkan di Aceh

Tiga nelayan Malaysia hanyut berjaya diselamatkan di Aceh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDA ACEH : Seramai tiga nelayan Malaysia yang dilaporkan hanyut akibat cuaca buruk di perairan Lautan Hindi berjaya diselamatkan oleh nelayan tempatan di Kuala Peunaga, Aceh, Indonesia, semalam.

Ketiga-tiga mereka ialah Asrul Hisham, Mohd Aiman bin Asrul dan Mohd Amin, dengan nombor pendaftaran kapal yang beralamat di Pengkalan Batu Lintang, Kedah.

Setiausaha Agung Panglima Laut Aceh, Azwir Nazar berkata, kejadian itu berpunca daripada cuaca buruk dan ribut yang melanda kawasan berkenaan dalam tempoh dua minggu terakhir.

“Kami menerima maklumat pagi tadi, terdapat nelayan Malaysia yang diselamatkan nelayan Aceh. Alhamdulillah, mereka berada dalam keadaan selamat dan sihat,” katanya.

Menurut Azwir, kejadian kehilangan ketiga-tiga nelayan itu pertama kali dilaporkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kepada Badan Nasional dan Pertolongan (Basarnas) Indonesia pada Sabtu, selepas mereka hilang sejak 9 Januari lalu.

Difahamkan, nelayan berkenaan kini ditempatkan di rumah nelayan dan Panglima Laut setempat.

Bagaimanapun, usaha mendapatkan maklumat lanjut terbatas akibat masalah rangkaian telekomunikasi di kawasan tersebut.

“Kita menghadapi sedikit masalah komunikasi kerana jaringan telefon di Kuala Peunaga sering terputus. Namun, gambar mereka telah diperoleh dan keadaan mereka disahkan baik,” Ujar Azwir.

Tambah beliau, kejadian hanyut itu berlaku akibat kerosakan enjin dan enjin kapal mereka kini telah diperbaiki.

Kejadian itu sekaligus menamatkan kebimbangan pihak berkuasa dan keluarga nelayan yang menunggu perkembangan sejak kehilangan mereka dilaporkan. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya