Thailand rekod 1,754 perkahwinan songsang

Thailand rekod 1,754 perkahwinan songsang

thailand
Thailand kini menjadi negara terbesar di Asia yang menghalalkan perkahwinan sejenis, menyertai lebih 30 negara lain yang telah meluluskan undang-undang sama.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Hampir 2,000 pasangan songsang dan transgender di Thailand melangsungkan perkahwinan semalam, susulan penguatkuasaan akta perkahwinan sama rata.

Perkembangan itu sekaligus menjadikan Thailand sebagai negara pertama di Asia Tenggara mengiktiraf hak tersebut.

Thailand kini menjadi negara terbesar di Asia yang menghalalkan perkahwinan sejenis, menyertai lebih 30 negara lain yang telah meluluskan undang-undang sama sejak Belanda menjadi perintis pada 2001.

Menurut Kementerian Dalam Negeri Thailand, sebanyak 1,754 pasangan sejenis telah mengikat tali perkahwinan di lebih 800 pejabat daerah seluruh negara sehingga pukul 4.30 petang waktu tempatan, semalam.

Di pusat beli-belah Siam Paragon, Bangkok, berpuluh-puluh pasangan berpakaian tradisional dan moden menghadiri majlis perkahwinan besar-besaran yang dianjurkan oleh Bangkok Pride dengan kerjasama pihak berkuasa bandar raya itu.

Akta baharu ini menggunakan istilah neutral jantina menggantikan perkataan’lelaki’,’wanita’, ‘suami’ dan ‘isteri’ sekali gus membuka jalan kepada golongan transgender untuk berkahwin dan menikmati hak seperti harta pusaka dan anak angkat.

“Bendera pelangi berkibar megah di Thailand hari ini,” kata Perdana Menteri, Paetongtarn Shinawatra menerusi hantaran di platform X.

Thailand sering meraih kedudukan tinggi dalam indeks penerimaan masyarakat terhadap komuniti LGBTQ, namun struktur undang-undang untuk melindungi golongan ini hanya diluluskan tahun lalu melalui undian bersejarah di Parlimen.

Akta itu dikuatkuasakan 120 hari selepas mendapat perkenan Raja Maha Vajiralongkorn.

Aktivis Thailand telah memperjuangkan hak perkahwinan sejenis selama lebih satu dekad, meskipun usaha mereka sering terbantut akibat ketidakstabilan politik seperti rampasan kuasa dan protes besar-besaran.

Walaupun terkenal dengan reputasi toleransi, Thailand yang majoritinya beragama Buddha masih mengekalkan nilai konservatif tradisional, dan golongan LGBTQ mendakwa mereka masih menghadapi diskriminasi dalam kehidupan seharian.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya