KUALA LUMPUR: Kejohanan Terbuka Malaysia 2025 antara beregu wanita negara, Go Pei Kee-Teoh Mei Xing menentang pasangan China, Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian tergendala sementara apabila bumbung gelanggang Axiata Arena berlaku kebocoran akibat hujan lebat yang melanda, sebentar tadi.
Kebocoran itu sekali gus mengakibatkan gelanggang Dua dibasahi oleh air hujan ketika pasangan China itu mendahului 11-10 di set pertama ke atas Pei Kee-Mei Xing.
Insiden terbabit itu turut menjejaskan Gelanggang Tiga yang mana sedang berlangsung perlawanan perseorangan lelaki antara pemain Kanada, Brian Yang menentang jaguh India, H.S. Prannoy.
Kebocoran itu jelas menganggu rentak Prannoy yang selesa memenangi set pertama 21-12 sebelum itu yang mana kini sedang mendahului set kedua 6-3, ketika ini. – UTUSAN