Tang Jie-Ee Wei mudah ke suku akhir Terbuka Malaysia

Tang Jie-Ee Wei mudah ke suku akhir Terbuka Malaysia

AKSI pasangan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei ketika menentang pasangan Taiwan, Lu Ming Che-Hung En Tzu pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2025, di Axiata Arena, di sini, hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Beregu campuran No. 1 negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menepati ramalan apabila mara ke suku akhir Terbuka Malaysia 2025 selepas menewaskan gandingan Taiwan pada aksi pusingan kedua di Axiata Arena, sebentar tadi.

Turun selaku pilihan ketiga, mereka tidak mempunyai masalah untuk mengetepikan Lu Ming Che-Hung En Tzu menerusi kemenangan straight set 21-8, 21-14 dalam masa 30 minit.

Tang Jie-Ee Wei menjadi pasangan negara pertama yang mara ke peringkat suku akhir selepas menang bergaya ke atas beregu campuran No. 51 dunia itu.

Lebih manis, naib juara Jelajah Dunia Akhir 2024 turut memperbaharui rekod Terbuka Malaysia yang mana mereka terkandas pada pusingan kedua, tahun lalu.

Bagaimanapun, pencapaian ke suku akhir itu juga turut mengulangi pencapaian mereka di Terbuka Malaysia edisi 2023 yang mana mereka turut mara ke suku akhir.

Pasangan No. 5 dunia itu seterusnya akan bertemu gandingan Jepun, Hiroki Midorikawa-Natsu Saito pada pertemuan suku akhir, esok.

Terdahulu, pasangan No. 14 dunia itu turut meluaskan kemaraan ke suku akhir selepas menumpaskan gandingan Indonesia, Dejan Ferdinansyah-Gloria Emanuelle Widjaja 21-17, 21-17 dalam tempoh 42 minit.

Pasangan negara kelihatan 50-50 untuk mara ke separuh akhir selepas sejarah pertemuan mereka memihak kepada Tang Jie-Ee Wei 3-2 dan kali terakhir bertemu dengan pasangan Jepun itu adalah pada Jelajah Dunia Akhir 2024 di Huangzhou, China pada Disember. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya