MANCHESTER: Seorang jururawat wanita kini bertarung nyawa selepas ditikam oleh seorang pesakit yang dipercayai berang kerana terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan rawatan. Serangan kejam itu berlaku di unit kecemasan dan kemalangan Hospital Royal Oldham pada pukul 11.30 malam waktu tempatan, Sabtu lalu. Mangsa yang berusia lingkungan 50-an, mengalami kecederaan parah yang dikatakan boleh mengubah hidupnya, menurut pihak polis. Polis Greater Manchester memaklumkan seorang lelaki berusia 37 tahun ditahan di tempat kejadian atas tuduhan cubaan membunuh. Seorang jururawat di hospital tersebut berkata, insiden bermula selepas berlaku pertengkaran antara pesakit dan kakitangan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya