Sze Fei-Izzuddin wakil tunggal Malaysia mara ke final Terbuka India

Sze Fei-Izzuddin wakil tunggal Malaysia mara ke final Terbuka India

Goh Sze Fei-Nur Izzuddin
GOH Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu lelaki No. 1 Malaysia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani menjadi wakil tunggal negara mara ke final selepas menyingkirkan Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty pada separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka India di New Delhi, India, hari ini.

Gandingan No. 3 dunia itu melakar kemenangan straight set ke atas wakil tuan rumah yang menghuni ranking ke-9 dunia tersebut 21-18, 21-14 dalam masa 37 minit.

Esok, Sze Fei-Izzuddin akan berdepan beregu pecah ganding dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae pada perlawanan akhir.

Dalam satu lagi separuh akhir, Won Ho-Seung Jae menewaskan beregu No. 5 dunia Malaysia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik 20-22, 19-21 dalam masa 42 minit.

Sementara itu, dalam saingan beregu campuran, gandingan negara yang menghuni ranking No. 3 dunia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dikejutkan oleh pasangan ke-12 dunia, Thom Gicquel-Delphine Delrue dari Perancis 17-21, 15-21 dalam masa 42 minit.

Tang Jie ketika ditemu bual oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) berkata, masalah komunikasi menjadi punca kepada kekalahan mereka di tangan Gicquel-Delrue.

“Kami perlu berbincang punca kekalahan, hari ini, dan masalah komunikasi ketika dalam gelanggang perlu diperbaiki segera,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya