Syria terima dua kapal penjana elektrik dari Turki, Qatar

Syria terima dua kapal penjana elektrik dari Turki, Qatar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DAMSYIK: Syria bakal menerima dua kapal penjana elektrik daripada Turki dan Qatar untuk meningkatkan bekalan tenaga negara yang terjejas akibat kerosakan infrastruktur semasa pemerintahan Bashar. 

Lapor agensi berita SANA, Pengarah Besar Jabatan Penjanaan dan Pengedaran Elektrik Syria, Khaled Abu Dai berkata, dua kapal tersebut mampu menghasilkan sejumlah 800 megawatt elektrik. 

Namun, beliau tidak menyatakan tempoh sebenar bekalan tersebut akan disalurkan.  

“Kerosakan terhadap stesen penjanaan, pemindahan tenaga dan talian sambungan elektrik sepanjang tempoh pemerintahan rejim terdahulu sangat besar. 

“Kami sedang berusaha untuk memulihkan (infrastruktur) bagi memastikan tenaga dapat dihantar,” katanya kepada SANA.  

Bagaimanapun, beliau tidak memberikan butiran mengenai tarikh ketibaan dua kapal tersebut.  

Langkah itu menyusuli keputusan AS untuk memberi pengecualian sekatan terhadap transaksi dengan institusi pemerintah di Syria selama enam bulan selepas kejatuhan rejim Bashar. 

Tujuannya bagi meningkatkan aliran bantuan kemanusiaan.  

Pengecualian itu membenarkan beberapa transaksi tenaga dan kiriman wang peribadi ke Syria sehingga 7 Julai, namun ia tidak melibatkan penghapusan sekatan sepenuhnya.  

Syria kini berdepan krisis bekalan elektrik yang serius, dengan bekalan daripada kerajaan hanya tersedia dua hingga tiga jam sehari di kebanyakan kawasan. 

Kerajaan sementara berikrar untuk meningkatkan bekalan elektrik sehingga lapan jam sehari dalam tempoh dua bulan akan datang.–AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya