MELBOURNE: Pemain No. 2 dunia, Iga Swiatek berjaya mara ke separuh akhir Terbuka Australia selepas menewaskan Emma Navarro 6-1, 6-2, hari ini.
Perlawanan itu mencetuskan kontroversi apabila Swiatek menyelamatkan drop shot yang kelihatan hampir menyentuh lantai dua kali.
Keputusan tersebut menyebabkan Navarro kehilangan momentum dan gagal untuk kembali dalam perlawanan.
Swiatek terus menunjukkan permainan yang cemerlang dan menamatkan perlawanan dengan kemenangan yang mantap.
Kini, Swiatek akan bertemu Madison Keys dari Amerika Syarikat (AS) dalam separuh akhir selepas menewaskan wakil Ukraine, Elina Svitolina 3-6, 6-3, 6-4.
Keys, yang dulunya tertekan dengan harapan untuk memenangi gelaran Grand Slam, kini lebih tenang dalam menghadapi perjalanan kariernya menjelang separuh akhir Terbuka Australia.
Turun selaku pilihan ke-19, Keys menempah slot separuh akhir ketiganya di Melbourne Park hari selepas menewaskan Elina Svitolina 3-6, 6-3, 6-4 dengan kuasa serangan yang biasa dilakukannya.
Setelah hampir 16 tahun menjadi profesional sejak berusia 14 tahun, Keys masih berdaya saing di kejohanan utama meskipun belum pernah meraih trofi juara.
Pencapaian terbaiknya adalah mara ke final Terbuka AS 2017 yang mana dia tewas 6-3, 6-0 kepada Sloane Stephens dalam pertembungan pemain AS.
Menentang Swiatek, yang kini menduduki tempat kedua dunia dan telah menewaskan semua lima lawannya di Melbourne Park, adalah cabaran besar buat Keys pada aksi separuh akhir esok, tetapi tekanan tidak dijangka menghalang pemain yang memiliki pukulan keras ini. – AGENSI