Soon Huat-Shevon mudah ke pusingan kedua

Soon Huat-Shevon mudah ke pusingan kedua

AKSI pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai ketika menentang pasangan Amerika Syarikat (AS), Smith Presley-Jennie Gai pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2025, di Axiata Arena, hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hari kedua Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2025 bermula positif apabila beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai mara ke pusingan kedua, sebentar tadi.

Beregu No. 6 dunia itu menewaskan gandingan Amerika Syarikat (AS), Presley Smith-Jennie Gai pada aksi pusingan pertama di Axiata Arena.

Turun selaku pilihan keempat kejohanan, beregu negara hanya memerlukan 36 minit sahaja untuk mencatat kemenangan straight set 21-15, 21-19.

“Bermain perlawanan hari ini sangat positif. Memang satu kebanggaan dapat memenangi perlawanan pada hari ini dan permulaan baik untuk Malaysia.

“Perlawanan pertama ini kami masih mencari rentak lagi. Semestinya perlawanan ini tidak sempurna tetapi pasangan saya (Soon Huat) ada banyak membantu dan membimbing saya apa yang perlu diperbaiki,” kata Shevon kepada pemberita sejurus tamat perlawanan, hari ini

Soon Huat-Shevon seterusnya akan menentang antara pasangan India, Sathish Kumar Karunakaran-Aadya Variyath atau Ashith Surya-Amrutha Pramuthesh pada aksi pusingan kedua esok. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya