Sonego akhiri impian Tien untuk mara ke suku akhir Terbuka Australia

Sonego akhiri impian Tien untuk mara ke suku akhir Terbuka Australia

PEMAIN Itali, Lorenzo Sonego ketika beraksi menentang wakil Amerika Syarikat (AS), Learner Tien pada pusingan keempat Terbuka Australia di Melbourne, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE: Pemain Itali, Lorenzo Sonego menewaskan pemain muda Amerika Syarikat (AS), Learner Tien, 6-3, 6-2, 3-6, 6-1, untuk mara ke suku akhir Terbuka Australia buat pertama kali, sebentar tadi.

Pemain berusia 29 tahun itu turut mencatat kemenangan ke atas pemain remaja Brazil, Joao Fonseca di pusingan kedua sekali gus menggunakan pengalaman untuk mengatasi Tien yang berusia 19 tahun di gelanggang John Cain Arena.

“Saya tak tahu apa nak kata. Ini sangat luar biasa, saya sangat emosional. Hari ini sangat sukar. Saya rasa sedih kerana dia (Tien) cedera. Ini bukan cara yang betul untuk menang, tapi saya sangat gembira ke suku akhir,” kata Sonego.

Tien, yang cedera pada paha kanannya, memberi peluang kepada Sonego untuk memenangi set pertama dengan mudah selepas break awal.

Sonego, yang juga seorang penyanyi dan penulis lagu, bermain dengan baik di set kedua dan menambah break lagi untuk mendahului 5-2 sebelum menamatkan set tersebut.

Walaupun Tien bangkit untuk menang set ketiga, Sonego segera pulih dan mendahului 3-0 di set keempat sebelum menamatkan perlawanan dan menempah tempat di suku akhir menanti sama ada Gael Monfils atau Ben Shelton. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya