Sinner bergelut untuk mara ke suku akhir Terbuka Australia

Sinner bergelut untuk mara ke suku akhir Terbuka Australia

JANNIK Sinner ketika dirawat pegawai perubatan semasa menentang pemain Denmark, Holger Rune pada perlawanan perseorangan lelaki kejohanan tenis Terbuka Australia di Melbourne, hari ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE: Juara bertahan dan pilihan utama, Jannik Sinner, mara ke suku akhir Terbuka Australia buat kali ketiga selepas menewaskan Holger Rune 6-3, 3-6, 6-3, 6-2, sebentar tadi.

Sinner memulakan perlawanan dengan cemerlang, menamatkan set pertama dengan 6-3 selepas memecah servis Rune dua kali.

Namun, pada set kedua, Sinner mula menunjukkan tanda-tanda keletihan fizikal dan kelihatan lebih lemah selepas gagal mencapai pukulan balas.

Rune mengambil peluang tersebut untuk memecah servis Sinner dan memenangi set kedua dengan 6-3.

Sinner kemudiannya mengambil rehat perubatan sebelum kembali beraksi di set ketiga dan berjaya mengatasi dua mata break yang dihadapi.

Dengan semangat baru, Sinner memecah servis Rune dan menutup set ketiga dengan kemenangan 6-3.

Set keempat menyaksikan Sinner memecah servis Rune untuk mendahului 2-1 dan akhirnya mengesahkan kemenangan 6-2.

Kemenangan ini memastikan Sinner mara ke suku akhir untuk kali ke-10 dalam kariernya dan akan bertemu Alex de Minaur atau Alex Michelsen. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya