TEBING BARAT: Sekurang-kurangnya 10 rakyat Palestin terbunuh dan ramai individu lain mengalami kecederaan selepas serangan tentera Israel di Jenin, sebuah bandar Tebing Barat yang diduduki.
Serangan yang memasuki hari kedua itu dikutuk sekeras-kerasnya oleh Kementerian Luar Arab Saudi, lapor Al-Jazeera.
“Kerajaan memperbaharui gesaannya agar masyarakat antarabangsa memikul tanggungjawab ke arah menamatkan pencabulan undang-undang dan perjanjian antarabangsa Israel yang boleh membawa kepada pertempuran dan huru-hara baharu di wilayah Palestin yang diduduki.
Beliau malah memberi amaran penderaan Israel mengancam keselamatan orang awam yang tidak bersalah dan menjejaskan peluang keamanan di rantau itu.
Dalam pada itu, Duta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pilihan Donald Trump berkata, Israel mempunyai ‘hak alkitabiah’ terhadap Tebing Barat yang diduduki.