Selangor turun ‘skuad kedua’ berdepan Penang FC?

Selangor turun ‘skuad kedua’ berdepan Penang FC?

KINOSHI ketika mengendalikan sesi latihan Selangor FC menjelang separuh akhir kedua Piala Cabaran menentang Peneng FC, Ahad ini.- IHSAN SELANGOR FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengendali Selangor FC, Katsuhito Kinoshi memberi bayangan bahawa rombakan besar-besar dalam kesebelasan utama akan dilakukan menjelang aksi separuh akhir kedua Piala Cabaran menentang Penang FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Kelana Jaya, ahad ini.

Keputusan itu dibuat Kinoshi susulan, siri kecederaan melibatkan beberapa pemain menyaksikan beliau terpaksa melakukan rombakan tersebut dengan menurunkan pemain lain.

Jurulatih kelahiran Jepun itu, bagaimanapun, akan memantau tahap kecederaan pemain dalam tempoh beberapa hari ini dan akan membuat keputusan akhir sebelum sepak mula aksi tersebut.

“Saya harap cuaca akan lebih baik dan kita perlu buat persediaan untuk aksi berikutnya, tapi ada beberapa pemain alami kecederaan ringan.

“Namun kita ada pemain di bangku simpanan yang sedia diturunkan. kita akan putuskan nanti pemain mana yang akan diturunkan untuk perlawanan nanti,” katanya.

Menjelang aksi itu, skuad Gergasi Merah membawa bekalan tipis 1-0 pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Bandaraya, 19 Januari lalu.

Kelebihan itu perlu dikekalkan dalam perlawanan timbal balik kedua jika anak buah Kinoshi ingin mara ke pentas final Piala Cabaran musim ini.

Saingan itu dianggap penting buat pasukan Merah Kuning bagi memastikan mereka mengakhiri saingan Liga Malaysia tanpa piala selepas tersingkir dalam perebutan Piala FA, Piala Malaysia, Liga Juara-Juara Asia II.

Perebutan kejuaraan Liga Super juga dilihat sudah berakhir apabila jauh ketinggalan di belakang Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam Liga Super, di mana Selangor berada di tangga kedua ketika ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya