Sekatan AS halang Syria import gandum, bahan api

Sekatan AS halang Syria import gandum, bahan api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DAMSYIK: Sekatan ketat Amerika Syarikat (AS) menghalang Syria daripada membuat perjanjian untuk mengimport bahan api, gandum atau barangan utama lain, meskipun banyak negara termasuk Teluk Arab mahu berbuat demikian.

Menteri Perdagangan Syria, Maher Khalil Al-Hasan berkata, pentadbiran baharu berjaya mengumpulkan bekalan gandum dan bahan api yang mencukupi untuk beberapa bulan, namun negara berisiko menghadapi ‘bencana’ jika sekatan tidak ditarik balik dalam masa terdekat.

Menerusi temu bual bersama Reuters di pejabatnya di Damsyik, beliau mengambil maklum mengenai laporan beberapa sekatan mungkin dilonggarkan atau dibeku tidak lama lagi.

Maher adalah anggota kerajaan sementara baharu yang ditubuhkan oleh Hayat Tahrir Al-Sham selepas kumpulan itu berjaya menggulingkan bekas Presiden diktator, Bashar al-Assad, 8 Disember lalu.

Sekatan itu dikenakan semasa pemerintahan Bashar, menyasarkan kerajaannya dan juga institusi negara seperti Bank Pusat.

Sebelum ini, Russia dan Iran, yang merupakan sekutu utama kerajaan Bashar, membekalkan sebahagian besar gandum serta peroduk minyak Syria.

Namun, kedua-dua negara berhenti berbuat demikian selepas kumpulan pejuang diketuai HTS berjaya mengambil alih kuasa dan Bashar melarikan diri ke Moscow.

AS dijangka mengumumkan kelonggaran sekatan terhadap pemberian bantuan kemanusiaan dan perkhidmatan asas lain seperti elektrik ke Syria sambil mengekalkan sekatan ketatnya, menurut sumber kepada Reuters.

Kesan langkah itu belum jelas, tetapi keputusan pentadbiran Presiden, Joe Biden bertujuan menunjukkan muhibah kepada rakyat Syria dan pemerintah baharu, serta memperbaiki perkhidmatan asas dan kehidupan di negara yang dilanda perang.

Pada masa sama, pegawai AS melihat sekatan itu sebagai alat tekanan penting terhadap kumpulan pemerintah baharu yang pernah disenaraikan sebagai entiti pengganas oleh Washington beberapa tahun lalu.

Washington mahu melihat Damsyik memulakan peralihan politik yang inklusif serta bekerjasama dalam isu antikeganasan dan beberapa isu lain.- REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya