Se Young 'tamak', tekad pecah rekod 10 gelaran

Se Young ‘tamak’, tekad pecah rekod 10 gelaran

PEMAIN perseorangan wanita Korea Selatan, An Se Young dinobatkan sebagai juara selepas menewaskan pemain China, Wang Zhi Yi 21-17, 21-7 pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2025, di Axiata Arena, di sini hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan wanita No. 1 dunia, An Se Young semakin ‘tamak’ untuk memecah rekod 10 gelaran dalam kejohanan antarabangsa pada musim ini selepas berhasil berbuat demikian pada musim 2023 lalu.

Semangatnya kian membara apabila pemain Korea Selatan itu berjaya mempertahankan takhta Terbuka Malaysia 2025 apabila mengetepikan wakil China, Wang Zhi Yi dengan kemenangan straight set 21-17, 21-7 pada perlawanan akhir, sebentar tadi.

Se Young berkata, kejayaan meraih gelaran pada kejohanan pembuka musim itu menjadi motivasi beliau untuk merealisasikan impiannya itu selepas hanya meraih lima gelaran pada musim lalu termasuk pingat emas Sukan Olimpik Paris 2024, pada Ogos.

“Kekalahan sebelum ini menjadi sati pengajaran buat saya. Banyak yang saya belajar tentang itu. Bagaimanapun, saya dapat atasinya dan masa lalu tidak penting. Yang penting hanya sekarang.

“Saya mahu memecah rekod saya. Itu memberi saya satu motivasi untuk menjadi lebih tamak dan memberi saya keyakinan untuk memenangi lebih banyak gelaran,” kata Se Young kepada pemberita selepas tamat perlawanan.

Pada Terbuka Malaysia edisi tahun lalu, pemain berusia 22 tahun itu berjaya mengetepikan juara Terbuka Malaysia empat kali dari Taiwan, Tai Tzu Ying dengan perlawanan yang penuh dramatik 10-21, 21-10, 21-18.

PASANGAN beregu wanita Jepun, Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto menjadi juara selepas menewaskan pasangan China, Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2025, di Axiata Arena, di sini hari ini. – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON

Terdahulu, acara beregu wanita menjadi milik beregu pecah ganding dari Jepun, Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto yang berjaya menewaskan pasangan China, Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian 21-17, 15-21, 15-21 dalam masa 95 minit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya