Schade, Mbeumo bantu Brentford benam Crystal Palace

Schade, Mbeumo bantu Brentford benam Crystal Palace

PEMAIN Brentford. Kevin Schade (tengah) meraikan jaringan kedua pasukan pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Crystal Palace di Selhust Park, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bryan Mbeumo dan Kevin Schade menjaringkan gol untuk membantu Brentford mencatat kemenangan 2-1 ke atas Crystal Palace, malam tadi.

Mbeumo gagal menyempurnakan penalti pertama apabila bola terkena tiang, tetapi Bantuan Video Pengadil (VAR) mengesan pemain Palace menceroboh kawasan penalti, menyebabkan sepakan diambil semula.

Pemain Cameroon itu tidak melakukan kesilapan pada percubaan kedua, mengelirukan penjaga gol Palace, Dean Henderson untuk meletakkan Brentford di hadapan pada minit ke-66.

Schade menggandakan kelebihan Brentford pada minit ke-80 melalui tandukan hasil hantaran lintang Mikkel Damsgaard, meskipun bertembung kepala dengan pemain pertahanan Palace, Chris Richards.

Pendatang baharu Palace, Romain Esse, yang membuat debut Liga Perdana Inggeris (EPL) dua minit sebelumnya, menjaringkan gol pada minit ke-85 untuk merapatkan jurang.

Namun, Palace yang berada di tangga ke-12 gagal menemui gol penyamaan walaupun melakukan asakan di minit-minit akhir. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya