Ridwan buru gelaran raja pecut negara

Ridwan buru gelaran raja pecut negara

MUHAMMAD RIDWAN SAHROM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NILAI: Impian pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Ridwan Sahrom untuk mencipta nama sebagai raja pecut negara mampu direalisasikan apabila dia berjaya merangkul pingat emas dalam Siri Tiga Piala Presiden di Velodrom Nasional, Nilai, hari ini.

Ridwan lebih mesra disapa Boy memenangi pingat emas acara pecut elit lelaki selepas menundukkan pelumba dari Australia, Sam Gallagher manakala gangsa menjadi milik rakan sepasukannya, Mohd Akmal Nazimi Jusena.

Lebih manis, Ridwan turut memperbaharui catatan peribadi miliknya apabila melakukan kayuhan 9.921 saat (s) di pusingan kelayakan sekali gus membakar semangatnya untuk memburu gelaran raja pecut negara.

“Sebenarnya macam itulah, saya nak buat satu kelainan sebab kita ada pakar keirin seperti Muhammad Shah Firdaus Sahrom.

“Saya nak buat sesuatu yang berbeza. Saya nak fokus dekat pecut sebab saya rasa ini platform terbaik yang mana saya tengok ia bagus untuk saya,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Ridwan meneruskan prestasi cemerlang dalam acara pecut individu di Siri Piala Presiden apabila meraih gangsa dalam Siri Pertama dan emas pada Siri Kedua.

Pelumba 24 tahun itu berpuas hati apabila berjaya memperbaharui catatan peribadinya di laman sendiri selepas berusaha keras untuk melakukannya.

“Hari ini (semalam) saya rasa hari yang paling bermakna untuk saya kerana setelah dua tahun berhempas pulas untuk acara pecutt ini, saya dapat memperbaiki catatan terbaik peribadi daripada 10s kepada 9.921s.

“Azam itu saya dah pasang lama dah sejak tahun lalu. Lepas itu, hari ini (semalam) saya menang pula emas. Saya memang rasa sangat gembira,” katanya.

Bagi acara pecut elit wanita menyaksikan emas dimenangi Nurul Izzah Izzati Mohd Asri selepas menewaskan rakan sepasukannya, Nur Alyssa Mohd Farid manakala gangsa milik dari Korea Selatan, Kim Soohyun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya