Penyokong, penentang Presiden Korea Selatan protes dalam salji

Ribuan penyokong, penentang Presiden Korea Selatan protes dalam salji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL : Ribuan penunjuk perasaan sanggup meredah salji tebal di Seoul bagi menuntut tindakan terhadap Presiden, Yoon Suk Yeol, yang masih enggan menyerah diri atas tuduhan mengisytiharkan undang-undang darurat.  

Ribuan penyokong Suk Yeol berhimpun di kediamannya serta jalan-jalan utama di Seoul, manakala satu kumpulan lagi mendesak agar pemimpin itu ditangkap, manakala yang lain menuntut pemecatan beliau dibatalkan.

Seorang penunjuk perasaan anti-Suk Yeol, Lee Jin-ah, 28, berkata, ribut salji tidak akan menghalang dirinya berhimpun. 

“Walaupun lebih banyak salji akan turun, kami tetap berada di sini.

“Saya sanggup berhenti kerja untuk melindungi negara dan demokrasi kita,” katanya yang pernah bekerja di sebuah kafe.

Suk Yeol, yang digantung tugas bulan lalu, selepas pengisytiharan undang-undang tentera yang mencetuskan kekecohan politik, kini bersembunyi di kediaman rasmi Presiden dengan dilindungi ratusan pegawai keselamatan setia. 

Tempoh waran tangkap terhadap dirinya sudah berakhir tengah malam semalam.

Jika waran tangkap dilaksanakan, Suk Yeol akan menjadi Presiden pertama Korea Selatan yang ditangkap semasa masih memegang jawatan.

Suk Yeol berdepan dakwaan jenayah atas tuduhan pemberontakan, yang merupakan satu kesalahan serius yang tidak dilindungi oleh imuniti Presiden. 

Jika sabit kesalahan, beliau berdepan hukuman penjara atau hukuman mati.

Walaupun digantung tugas, namun beliau masih memegang gelaran Presiden sehingga keputusan muktamad dibuat. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya