Remaja antara mangsa serangan di Jenin - Utusan Malaysia

Remaja antara mangsa serangan di Jenin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JENIN: Remaja antara mangsa yang terbunuh dalam serbuan Israel terhadap Jenin, kata Kumpulan Hak Asasi Manusia.

Pertahanan bagi Kanak-Kanak Palestin Antarabangsa (DCIP) berkata, mangsa ialah Motaz Imad Mousa Abu Tabeekh, 16, yang ditembak dan dibunuh oleh tentera Israel pada Selasa.

Pertubuhan Hak Asasi Manusia yang berpangkalan di Ramallah dalam kenyataan berkata, pihaknya melihat dokumentasi yang menunjukkan mangsa ditembak kira-kira waktu tengah hari, selepas tentera Israel tiba di Jenin, walaupun tiada konfrontasi di kawasan itu, ketika itu.

Remaja itu dibawa ke Hospital Khusus Ibn Sina dan menjalani pembedahan bagi merawat kecederaan pada hatinya.

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dia pada pukul 2 petang.

“Kanak-kanak Palestin masih tidak selamat kerana tentera Israel terus menyasarkan mereka,” kata Pengarah Program Akauntabiliti DCIP, Ayed Abu Eqtaish.

Menurut DCIP, Abu Takbeekh adalah seorang daripada tujuh kanak-kanak Palestin yang terbunuh di tengah-tengah keganasan Israel di Tebing Barat yang diduduki setakat tahun ini.

Sebelum ini, empat kanak-kanak terbunuh oleh serangan dron Israel, dan tiga kanak-kanak ditembak mati dengan peluru hidup.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya