Ratusan rakyat Switzerland sertai protes menjelang WEF

Ratusan rakyat Switzerland sertai protes menjelang WEF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DAVOS: Kira-kira 300 orang termasuk dua jutawan mengadakan protes menjelang perhimpunan elit global di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Pergunungan Alps Switzerland, minggu ini.

Penunjuk perasaan membawa plakad tertera slogan ‘Cukai orang kaya’,’Diam! Bayar Cukai’ dan ‘Hancurkan kapitalisme penjajah’ yang menghalang laluan ke pusat peranginan pergunungan mewah itu.

Jurucakap polis berkata, pihaknya bergerak masuk selepas penunjuk perasaan tidak mengendahkan dua arahan supaya bersurai.

Protes yang menyebabkan kesesakan lalu lintas luar biasa, menyebabkan pihak polis mengerahkan kenderaan khusus untuk membersihkan lebuh raya menjelang forum WEF.

Antara individu yang menghadiri protes itu ialah pewaris Austria-Jerman, Marlene Engelhorn yang memberikan sebahagian besar warisan berjuta-juta euro kepada puluhan organisasi yang bekerja dalam isu sosial. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya