Ratusan banduan bantu padam kebakaran hutan di Los Angeles

Ratusan banduan bantu padam kebakaran hutan di Los Angeles

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Seramai 931 banduan di California bertungkus-lumus membantu memadamkan kebakaran hutan yang melanda negeri itu, termasuk menggali parit penghalang api dan membersihkan bahan bakar di kawasan berhampiran struktur bangunan bagi melambatkan penyebaran api.

Jabatan Pemulihan dan Pemasyarakatan California (CDCR) berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 114 banduan turut berkhidmat sebagai kakitangan sokongan.

Banduan yang menyertai program ini dibayar di antara AS$5.80 hingga AS$10.24 (RM26.18 dan RM46.22) sehari bergantung kepada tahap kemahiran masing-masing.

Selain itu, mereka turut menerima tambahan AS$1 sejam (RM4.51) daripada Cal Fire sekiranya ditugaskan di kawasan kecemasan, berdasarkan fakta rasmi CDCR.

Mereka juga diberikan kredit pemotongan hukuman penjara, iaitu dua hari untuk setiap hari bertugas.

Bagi kakitangan sokongan pula, kredit diberikan secara sehari untuk sehari.

“Kebakaran hutan adalah cabaran berterusan dan amat besar bagi California, dan kem penempatan semula CDCR kekal komited dalam membantu respons negeri ini.

“Kerja yang dilakukan oleh banduan dan kakitangan kami amat penting dalam usaha melindungi nyawa serta harta benda ketika menghadapi kecemasan seperti ini,” kata Setiausaha CDCR, Jeff Macomber.

Banduan yang berjaya menamatkan program itu berpeluang memohon pembersihan rekod jenayah, dan ramai di antara mereka telah berkhidmat dengan Cal Fire, Perkhidmatan Hutan Amerika Syarikat (U.S. Forest Service) serta pasukan khas seperti Interagency Hotshot Crews.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya