Ramai kecewa Pamela Anderson tidak dicalonkan dalam Oscar - Utusan Malaysia

Ramai kecewa Pamela Anderson tidak dicalonkan dalam Oscar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Ramai pihak yang bersuara apabila Pamela Anderson, 57,  tidak dicalonkan dalam anugerah Oscar tahun ini.

Bekas pelakon drama bersiri Baywatch itu dianggap cemerlang membawakan watak Shelley dalam filem The Last Showgirl sekali gus dianggap cukup layak dicalonkan bagi kategori aktres terbaik.

Anderson bagaimanapun tidak terkilan dengan perkara itu. Malah ketika bercakap mengenainya kepada Martha Stewart baru-baru ini, dia berlapang dada dan langsung tidak menyimpan sekelumit rasa sedih.

“Semua ini diluar jangkaan kita. Seperti juga apabila saya dicalonkan dalam anugerah SAG, saya tak jangkakan perkara itu.

“Saya selalu kata, kemenangan adalah pada hasil kerja yang kita berikan.

“Saya cuma mahu lakukan sesuatu yang saya cintai iaitu lakonan. Itu makanan jiwa saya,” katanya menerusi wawancara yang diterbitkan majalah Elle.

Lima pelakon yang mungkin menggondol trofi aktres terbaik Oscar tahun ini adalah Fernanda Torres untuk persembahan dalam filem I’m Still Here, Demi Moore (The Substance), Karla Sofia Gascon (Emilia Perez), Cynthia Erivo (Wicked) dan Mikey Madison (Anora).

Mengulas tentang watak Shelley yang dilakonkannya menerusi filem arahan Gia Coppola itu, kata Anderson dia yakin mampu meninggalkan impak menerusi watak tersebut.

“Saya yakin saya boleh membawakannya, sebab itu saya terima tawaran melakonkannya.

“Ia adalah pengalaman baharu kerana sebelum itu belum ada mana-mana penerbit atau pengarah yang menghulurkan skrip dan watak seperti ini kepada saya,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN