Rakyat Palestin sambut gembira pengumuman gencatan senjata

Rakyat Palestin sambut gembira pengumuman gencatan senjata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Rakyat Palestin di Gaza menyambut dengan penuh kegembiraan selepas perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan Israel diumumkan, menamatkan konflik berdarah selama 15 bulan.

Gencatan senjata itu dijadual berkuat kuasa pada Ahad, 19 Januari ini.

Di Gaza, suasana penuh emosi jelas kelihatan apabila penduduk keluar ke jalanan di Deir al-Balah bagi meraikan pengumuman itu.

Seorang lelaki meluahkan rasa terkejut dan penuh kegembiraan, manakala di Israel, seorang wanita menyuarakan harapan agar semua tebusan dapat kembali ke pangkuan keluarga mereka, bukan hanya 33 orang yang akan dibebaskan dalam fasa pertama perjanjian itu.

Bagaimanapun, serangan oleh tentera Israel ke atas Gaza masih berterusan dengan sekurang-kurangnya 30 rakyat Palestin dilaporkan terbunuh sejak pengumuman gencatan senjata dibuat.

Pegawai kanan Hamas, Izzat al-Risheq berkata perjanjian yang dimeterai di Doha, Qatar, memenuhi semua syarat kumpulan tersebut, termasuk pengunduran penuh tentera Israel dari Gaza, kepulangan rakyat yang kehilangan tempat tinggal ke kediaman masing-masing dan penamatan kekal peperangan.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pula menyampaikan penghargaan kepada Presiden AS, Joe Biden, dan Presiden terpilih, Donald Trump atas bantuan mereka dalam merundingkan perjanjian yang bertujuan ‘mengurangkan penderitaan puluhan tebusan dan keluarga mereka.’

Gencatan senjata ini dilihat sebagai peluang untuk menghentikan pertumpahan darah dan membuka laluan kepada keamanan yang diharapkan oleh kedua-dua belah pihak.

Hamas menyerang selatan Israel pada 7 Oktober tahun lalu, sehingga 1,200 orang maut dan 251 mangsa menjadi tebusan di Gaza.

Serangan itu mencetuskan tindak balas besar-besaran Israel terhadap Gaza, dengan lebih 46,000 rakyat Palestin terbunuh.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya