Raducanu jumpa jalan keluar di Terbuka Singapura

Raducanu jumpa jalan keluar di Terbuka Singapura

EMMA Raducanu ketika menentang Iga Swiatek pada aksi pusingan ketiga Terbuka Australia 2025 di Melbourne Park, minggu lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KALLANG: Pemain tenis Britain, Emma Raducanu tersingkir seawal pusingan pertama Terbuka Singapura selepas tewas dalam pertarungan sengit selama tiga jam menentang pemain ranking ke-101 dunia, Cristina Bucsa, semalam.

Raducanu, yang diletakkan sebagai pilihan ketujuh kejohanan, tewas 5-7, 7-5, 7-5 kepada pemain Sepanyol itu, sekali gus gagal meneruskan momentum selepas pencapaiannya di Terbuka Australia baru-baru ini.

Pemain berusia 22 tahun itu sebelum ini melakar kejayaan mara ke pusingan ketiga Grand Slam di Melbourne buat kali pertama dalam kariernya sebelum tunduk kepada pilihan kedua, Iga Swiatek.

Meskipun kecewa dengan keputusan di Singapura, Raducanu tetap mengambil sisi positif, terutama selepas beraksi tanpa jurulatihnya, Nick Cavaday, yang berundur minggu lalu atas sebab kesihatan.

“Saya rasa positif dengan minggu ini kerana datang ke sini hanya bersama Yutaka (jurulatih kecergasan) dan ibu saya. Saya bangga dengan cara saya mengendalikan situasi ini,” kata Raducanu.

Tambah Raducanu, dia tidak terlalu bimbang dengan keputusan tersebut kerana musim masih di peringkat awal dan dia percaya lebih banyak perlawanan kompetitif akan membantunya meningkatkan prestasi.

“Saya hanya perlukan lebih banyak perlawanan di gelanggang dan pengalaman situasi kompetitif. Saya mendapatnya hari ini, malah lebih daripada tiga jam. Itu sangat bernilai bagi saya.

“Saya bertarung habis-habisan dan memberikan segala-galanya. Sekarang, saya hanya perlu terus membina momentum dan bergerak ke hadapan,” ujarnya.

Raducanu, yang menjuarai Terbuka AS 2021, bergelut dengan kecederaan sejak kejayaan Grand Slam sulungnya itu, tetapi tetap optimis untuk kembali ke prestasi terbaiknya musim ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya