WASHINGTON: Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mendedahkan satu pertemuan akan diadakan melibatkan dirinya dengan Presiden Russia, Vladimir Putin.
Trump yang akan kembali ke Rumah Putih pada 20 Januari depan, mencetuskan harapan besar untuk resolusi diplomatik bagi menamatkan pencerobohan Moscow di Ukraine yang bermula sejak Februari 2022.
Penasihat Trump turut mengemukakan cadangan untuk menamatkan perang secara berkesan dan akan menyerahkan sebahagian besar Ukraine kepada Russia pada masa depan.
“Beliau mahu bertemu dan kami sedang menyediakannya.
“Putih telah berkata secara terbuka dan kita perlu menyelesaikan perang yang menyebabkan pertumpahan darah,” kata Trump mengenai perang Russia-Ukraine.
Sejak pencerobohan Russia bermula, AS di Bawah pentadbiran Joe Biden menyalurkan lebih AS$175 billion bantuan ke Ukraine, termasuk lebih AS$60 billion bantuan keselamatan.
Bagaimanapun, tidak pasti sama ada bantuan itu akan diteruskan di bawah Trump yang dengan jelas mahu menamatkan perang segera.-REUTERS