Pusat pendidikan komunAiti Orang Asli semakin daif, perlu baik pulih

Pusat pendidikan komunAiti Orang Asli semakin daif, perlu baik pulih

MOHD. Azmawi Fikri Abdul Ghani (kanan) menyantuni guru semasa melawat Pusat Pendidikan Komuniti Pos Gob, Gua Musang, Kelantan. - UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Masyarakat Orang Asli dari suku kaum Temiar di Pos Gob di sini, memerlukan suntikan dana untuk kerja-kerja menaik taraf pusat pendidikan komuniti bagi memastikan anak-anak mereka tidak terus ketinggalan dalam aspek pendidikan.

Gurunya, Sikin Azmi, 30, berkata, pusat itu yang ditubuhkan sejak tujuh tahun lalu oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama CIMB Islamic memainkan peranan cukup besar dalam membantu anak-anak Orang Asli mendapat pendidikan awal sebelum diserapkan ke sekolah aliran utama.

Katanya, pusat itu semakin daif apabila dinding kayu bangunan mereput dan kekurangan peralatan seperti meja, lampu solar serta kipas.

“Ketika ini terdapat seramai 40 murid berusia antara empat tahun sehingga sembilan tahun belajar di sini. Kebanyakan murid hanya belajar dengan duduk bersila di atas lantai buluh serta dalam keadaan kepanasan kerana tiada kipas dan lampu solar juga rosak,” katanya di sini semalam.

Seorang lagi guru, Malina Jasmin ,37, berkata, dia dan rakan-rakan yang bertugas di pusat berkenaan menggunakan wang elaun sendiri untuk membeli serta mencetak kertas latihan bagi kegunaan pelajar.

Katanya, ketika ini elaun mereka dibayar oleh pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) sebanyak RM500 sebulan.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani akan berusaha mencari penyumbang bagi memastikan pendidikan anak Orang Asli di Pos Gob terus terbela.

“Saya dimaklumkan Maik telah mengambil alih pusat ini dan kontrak berakhir pada Mac ini. Kita sedang berusaha membantu pusat pendidikan ini bagi mencari lebih banyak dana dan penyumbang baharui,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya