Puluhan ribu penduduk New South Wales terputus bekalan elektrik

Puluhan ribu penduduk di New South Wales terputus bekalan elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Puluhan ribu penduduk di negeri New South Wales, Australia, terputus bekalan elektrik hari ini selepas sistem tekanan rendah membawa angin kencang dan hujan lebat, yang mencetuskan amaran banjir dikeluarkan.

Sekitar 28,000 orang terputus bekalan elektrik di Sydney, ibu negeri dan bandar terbesar di Australia, manakala 15,000 lagi terputus bekalan elektrik di bandar Newcastle dan kawasan Hunter yang berdekatan, menurut syarikat tenaga Ausgrid di laman webnya, pagi tadi.

Agensi perkhidmatan kecemasan negeri telah menerima 2,825 panggilan untuk bantuan sejak hari Jumaat, kebanyakannya berkaitan dengan pokok tumbang dan kerosakan pada harta benda akibat angin, menurut kenyataan di laman webnya.

“Situasi ini masih dinamik dan saya menggesa penduduk di kawasan yang terjejas untuk sentiasa mengikuti amaran kecemasan terkini dan mematuhi nasihat perkhidmatan kecemasan,” kata Menteri Pengurusan Kecemasan Persekutuan, Jenny McAllister.

Amaran untuk banjir, angin kencang dan hujan lebat masih berkuat kuasa di kebanyakan kawasan di negeri itu, menurut Jabatan Ramalan Cuaca Negara.

Angin dengan kelajuan sehingga 100 km/j dijangka berlaku di kawasan pergunungan.

Amaran ini dikeluarkan selepas ribut pada minggu ini menyebabkan pokok dan talian elektrik tumbang, serta mengakibatkan 200,000 penduduk di New South Wales terputus bekalan elektrik, lapor media tempatan.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya