PSV lebur rekod tanpa kalah Liverpool

PSV lebur rekod tanpa kalah Liverpool

CODY Gakpo (depan) dihalang oleh pertahanan PSV, Rick Karsdorp dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah,semalam.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

EINDHOVEN: Rekod tanpa kalah Liverpool dalam aksi Liga Juara-Juara berakhir apabila mereka tewas 2-3 kepada PSV Eindhoven, semalam.

Bagaimanapun, keputusan itu tidak mengubah kedudukan The Reds di tangga teratas Liga Juara-Juara untuk mara ke pusingan 16 pasukan terbaik.

Liverpool rombakan dalam kesebelasan utama mendahului dua kali dalam aksi di tempat lawan itu menerusi sepakan penalti, Cody Gakpo dan jaringan Harvey Elliott.

Johan Bakayoko dan Ismael Saibari menyamakan kedudukan untuk PSV sebelum Ricardo Pepi melengkapkan separuh masa pertama yang menakjubkan dengan menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan.

Liverpool menamatkan perlawanan dengan 10 pemain selepas Amara Nallo dilayangkan kad merah selepas masuk sebagai pemain gantian.

Biarpun tewas, skuad kendalian Arne Slot itu mengungguli peringkat kumpulan dengan 21 mata, dua mata di depan Barcelona yang hanya mampu seri perlawanan terakhir menentang Atalanta.

“Kami boleh mengambil banyak perkara positif dari malam ini dan pasukan juga memberi peluang kepada pemain muda.

“Kami berada di hadapan mendahului 2-1 dan kemudian aksi tidak konsisten dipamerkan yang sememangnya jarang berlaku.

“Namun, keputusan ini melayakkan kami ke pusingan seterusnya dan itulah yang kami mahukan sejak permulaan musim,” kata pertahanan Liverpool, Andy Robertson.

Rentak permainan Liverpool menurun selepas rehat apabila Gakpo dikeluarkan yang disambut dengan tepukan gemuruh daripada peminat.

Nallo masuk untuk penampilan sulung seniornya di Liverpool pada minit-minit akhir tetapi ia bukanlah kenangan yang paling menggembirakan kerana dia dilayangkan kad merah selepas mengasari Bakayoko.

“Ia adalah kejam (layangan kad merah), tetapi dia tidak pernah bermain dalam pasukan utama sebelum ini dan membuat penampilan sulung dalam Liga Juara-Juara, mungkin ia adalah detik paling sukar,” kata Slot mengenai pemain berusia 18 tahun itu.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya