Polis tahan warga emas pandu lawan arus di lebuh raya - Utusan Malaysia

Polis tahan warga emas pandu lawan arus di lebuh raya

SEORANG warga emas ditahan selepas dipercayai memandu secara melawan arus di Lekas, Nilai, Seremban pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN : Seorang warga emas yang dipercayai memandu melawan arus di Lebuhraya Kajang Seremban (Lekas) dekat Nilai di sini pagi tadi, ditahan selepas polis mengesan video tular tindakannya itu

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, lelaki berusia 72 tahun yang memandu Perodua Axia itu ditahan kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.

“Polis telah mengesan satu video tular berdurasi tiga minit di media sosial menunjukkan video kenderaan jenis Perodua Axia berwarna perak dipandu secara melawan arus di lebuh raya terbabit.

“Berikutan itu, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai telah mengambil langkah dengan mengesan dan menahan pemandu tersebut dan membawanya ke IPD. 

“Siasatan awal mendapati pemandu berkenaan dipercayai telah memandu secara melawan arus di lebuh raya terbabit untuk tujuan pulang ke rumah.Sehubungan dengan itu, kes telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya