Poland janji lindungi Netanyahu dari waran tangkap ICC

Poland janji lindungi Netanyahu dari waran tangkap ICC

PENUNJUK perasaan membawa plakad mengutuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam perhimpunan semasa perbicaraan rasuahnya di Mahkamah Daerah di Tel Aviv, semalam.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WARSAW: Kerajaan Poland menerima pakai resolusi yang menjanjikan pegawai kanan Israel, termasuk Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu bebas mengunjungi negara itu.

Netanyahu dijangka mengunjungi Poland sempena ulangtahun ke-80 pembebasan kem tahanan Auschwitz-Birkenau, akhir bulan ini.

Pemimpin rejim Zionis itu berdepan waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas dakwan jenayah perang di Gaza.

“Kerajaan Poland akan memastikan layanan selamat para pemimpin Israel semasa upacara peringatan 27 Januari depan.

“Ia sebagai sebahagian daripada penghormatan kepada negara Yahudi dan jutaan yang menjadi mangsa Holocaust.

“Sama ada Perdana Menteri, Presiden atau Menteri, sesiapa yang akan datang nanti akan terjamin keselamatannya dan tidak akan ditahan,” katanya menerusi kenyataan yang disiarkan oleh pejabat Perdana Menteri Poland, Donald Tusk.-ALJAZEERA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya