Piala Malaysia: Peluang Sabah, Sri Pahang ke final masih terbuka

Piala Malaysia: Peluang Sabah, Sri Pahang ke final masih terbuka

PEMAIN Sri Pahang, Manuel Hidalgo cuba melepasi hadangan pemain Sabah, Darren Lok pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Likas, malam tadi.-IHSAN FB SRI PAHANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Sabah FC gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia selepas seri 1-1 dengan Sri Pahang di Stadium Likas, sebentar tadi.

Keputusan itu menyaksikan kedua-dua pasukan masih berpeluang untuk memburu tempat ke final dengan aksi separuh akhir kedua bakal berlangsung di Stadium Temerloh pada 2 Februari, menjadi penentu buat Tok Gajah dan The Rhinos.

Pada aksi di hadapan 10,803 penyokong yang hadir menyaksikan tuan rumah terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit kesembilan menerusi ledakan Stuart Wilkin.

Tersentak jaringan itu, skuad kendalian Fandi Ahmad cuba bangkit namun buntu menembusi benteng kebal Sabah.

Tuan rumah turut mencipta beberapa peluang namun gagal menambah jaringan,menyaksikan kedudukan 1-0 kekal selepas babak pertama berakhir.

Bersambung babak kedua, Sri Pahang terus berusaha mencari gol penyamaan dan kerja keras mereka berhasil pada minit ke-66 menerusi jaringan Kpah Sherman.

Selepas jaringan itu, Tok Gajah ditimpa malang apabila terpaksa bermain 10 orang pemain selepas Manuel Hidalgo dilayangkan kad merah kerana melakukan terjahan keras ke atas Dominic Tan.

Begitupun, Sabah gagal menggunakan peluang beraksi dengan kelebihan seorang pemain apabila buntu untuk menggandakan jaringan sekali gus keputusan kekal hingga wisel penamat dibunyikan.

Kedua-dua pasukan akan beraksi dalam separuh akhir kedua pada 2 Februari depan di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh pada 2 Februari depan-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya