SEOUL: Ekor pesawat Air Busan terbakar di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae di tenggara Busan, kira-kira pukul 10.30 malam (waktu tempatan), semalam.
Insiden itu menyebabkan pesawat penumpang yang membawa 176 orang terpaksa dipindahkan melalui gelongsor kecemasan.
Pesawat itu dalam perjalanan ke Hong Kong dengan membawa 169 penumpang dan tujuh anak kapal.
Punca kebakaran belum diketahui, namun, insiden itu menyebabkan seorang individu cedera.
Korea Selatan mengalami bencana penerbangan paling buruk di wilayahnya bulan lalu, apabila sebuah pesawat Jeju Air Boeing 737-800 yang terbang dari Thailand ke Muan pada 29 Disember lalu, melakukan pendaratan cemas dan meletup selepas merempuh penghadang konkrit.
Nahas itu mengorbankan 179 daripada 181 penumpang dan anak kapal di dalam pesawat.
Flightradar24 menyenaraikan armada Air Busan terdiri sepenuhnya daripada pesawat Airbus.-AFP