Pesawat Air Busan terbakar gara-gara power bank

Pesawat Air Busan terbakar gara-gara power bank

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUSAN: Pesawat milik syarikat penerbangan Air Busan yang terbakar di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae, Selasa lalu, dikatakan berpunca akibat power bank milik penumpang.  

Kejadian cemas yang mencederakan tujuh penumpang itu dipercayai berpunca daripada power bank yang disimpan di rak bagasi atas kabin.

Laporan media tempatan memetik sumber dalaman syarikat penerbangan yang menyatakan kebakaran mula merebak dari bahagian belakang kabin sebelum pesawat berlepas ke Hong Kong.  

Menurut Kementerian Pengangkutan Korea Selatan, seramai 169 penumpang dan tujuh anak kapal berjaya dikeluarkan melalui gelongsor kecemasan.  

Api marak menghanguskan hampir separuh badan pesawat Airbus A321 berkenaan, namun sayap dan enjin di kedua-dua sisi dilaporkan tidak mengalami kerosakan serius.  

Gambar tular dalam media sosial menunjukkan kerosakan teruk di bahagian atas pesawat dengan lubang besar kelihatan di badan pesawat akibat kebakaran.  

Akhbar tempatan melaporkan kebakaran mungkin berlaku selepas power bank penumpang tersebut mengalami tekanan semasa disimpan di dalam rak bagasi kabin.

Kejadian itu berlaku hanya sebulan selepas nahas tragis pesawat Jeju Air di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan pada 29 Disember lalu yang mengorbankan 179 daripada 181 penumpang.  

Setakat ini, pihak berkuasa Korea Selatan masih menyiasat insiden tersebut bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya