Perbicaraan pemecatan Presiden Korea Selatan, bermula hari ini

Perbicaraan pemecatan Presiden Korea Selatan, bermula hari ini

PENUNJUK perasaan daripada kumpulan buruh mengambil bahagian dalam protes menggesa penggulingan Presiden Yoon Suk-yeol di luar Dewan Bandaraya di Seoul, pada 12 Disember lepas.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Perbicaraan pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bermula hari ini di Mahkamah Perlembagaan, yang bakal menentukan sama ada beliau akan dilucutkan jawatan berikutan cubaan undang-undang darurat yang gagal.

Cubaan Suk Yeol pada 3 Disember lalu untuk mengisytiharkan undang-undang darurat telah mencetuskan krisis politik paling buruk di negara itu dalam beberapa dekad.

Tindakan itu termasuk mengerahkan tentera menyerbu Parlimen bagi menghalang penggubal undang-undang daripada menggantung pemerintahan awam, namun usaha tersebut gagal.

Beliau kemudian digantung tugas serta mengasingkan diri di kediaman Presiden dan kini Suk Yeol juga enggan hadir bagi siasatan dakwaan pemberontakan, malah menggunakan pasukan keselamatan Presiden untuk menghalang usaha penahanannya.

Krisis bertambah buruk apabila pemangku Presiden ketika itu, Han Duck-soo, turut dipecat bulan lalu dan kini, Pemangku Presiden, Choi Sang-mok dilihat enggan campur tangan secara langsung, sebaliknya menyeru rundingan bagi mencari jalan penyelesaian.

Sesi pertama perbicaraan yang dijadualkan berlangsung pada oukul 2 petang hari ini adalah yang pertama daripada lima sesi, dengan tarikh seterusnya ditetapkan pada 16, 21 dan 23 Januari serta 4 Februari depan.

Mahkamah mempunyai tempoh 180 hari untuk membuat keputusan bermula 14 Disember lalu.

Isu utama perbicaraan ialah sama ada pengisytiharan undang-undang darurat oleh Presiden Suk Yeol mematuhi Perlembagaan, dan jika tidak, adakah ia merupakan satu bentuk pemberontakan.

“Kes ini tertumpu pada situasi undang-undang darurat, jadi fakta yang perlu disemak tidak terlalu rumit,” kata peguam, Kim Nam-ju kepada AFP.

Bagaimanapun, Suk Yeol tidak akan hadir pada sesi pertama perbicaraan dengan alasan keselamatan, menurut peguamnya, Yoon Kab-keun. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya