Penunggang motosikal maut leher terkena kabel komunikasi

Penunggang motosikal maut leher terkena kabel komunikasi

SEORANG penunggang motosikal maut selepas lehernya terkena kabel telekomunikasi yang terjatuh di atas jalan raya di Jalan Kulim, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, petang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM : Seorang penunggang motosikal maut selepas lehernya terkena kabel telekomunikasi yang terjatuh di atas jalan raya dalam satu kejadian di Jalan Kulim di sini, petang semalam.

Kabel melintangi jalan itu tersangkut pada palang kren bahagian belakang sebuah lori dan ditarik secara tidak sengaja sebelum terjatuh.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, secara kebetulan, mangsa iaitu penunggang motosikal terbabit melalui jalan tersebut dan tidak sempat mengelak sebelum kabel berkenaan mengenai lehernya.

Katanya, motosikal ditunggangI lelaki berusia 40-an dari arah bertentangan itu kemudian terbabas dan mangsa terjatuh di atas jalan raya.

“Akibat kemalangan tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian leher dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Mayatnya kemudian dihantar ke Unit Forensik di Hospital Bukit Mertajam (HBM) untuk tujuan bedah siasat,” katanya di sini, hari ini.

Ketika ini, pemandu lori terbabit yang berusia dalam lingkungan 20-an direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya