Penduduk mahu ketua kampung dipecat, selingkuh dengan janda

Penduduk mahu ketua kampung dipecat, selingkuh dengan janda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YOGYAKARTA : Ratusan penduduk di Sleman, Yogyakarta mengadakan protes di hadapan pejabat ketua kampung bagi mendesak pemecatan Ketua Kampung, Tri Mulyanto, atas dakwaan terlibat dalam skandal moral.

Penduduk mendakwa selain prestasi kerja yang tidak memberangsangkan, Tri Mulyanto juga terlibat dalam kes perselingkuhan dengan seorang janda yang mencemarkan nama baik kampung mereka.

“Kami mendesak agar Ketua Kampung dipecat segera,” kata Purwanto, seorang penduduk tempatan ketika menyuarakan tuntutan.

Dalam demonstrasi itu, penduduk membawa sepanduk dan sebuah trak komando untuk mengemukakan tuntutan mereka.

Wakil penduduk kemudian diterima untuk sesi dialog dengan pihak ketua kampung dan mukim Ngemplak. Namun, perbincangan tersebut berlangsung tegang dan gagal mencapai sebarang kata sepakat.

Penduduk turut meluahkan kekecewaan kerana ketua kampung itu tidak hadir dalam pertemuan itu.

“Perselingkuhan ini sudah berlangsung hampir lapan bulan. Teguran telah diberikan, tetapi tidak dihiraukan. Akhirnya, serbuan dilakukan di rumah seorang janda,” dedah Purwanto, menggambarkan ketidakpuasan penduduk terhadap isu tersebut.

Walaupun sesi dialog berakhir tanpa penyelesaian, penduduk membubarkan diri secara aman.

Namun, mereka memberi amaran akan mengadakan demonstrasi lebih besar sekiranya tuntutan mereka untuk memecat ketua kampung tidak diambil tindakan sewajarnya.

Insiden ini mencerminkan kekecewaan masyarakat terhadap kepemimpinan yang dianggap gagal memenuhi tanggungjawab serta menjaga nama baik komuniti. –AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya