Penarik kereta tidak mengaku cederakan abang angkat

Penarik kereta tidak mengaku cederakan abang angkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan abang angkatnya, Julai tahun lalu.

Penarik kereta, Hugan Sundaram, 34, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Farah Nabihah Muhammad Dan.

Mengikut pertuduhan, Hugan dengan sengaja mencederakan seorang lelaki berusia 36 tahun menggunakan sebilah pisau pada pukul 10 malam, 13 Julai 2024, di sebuah kondominium Jalan Gombak di sini.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau dengan mana-mana dua hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Amritpreet Kaur Randhawa menawarkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin warganegara tempatan serta memohon mahkamah mengenakan syarat tambahan terhadap tertuduh supaya tidak mengganggu mangsa sehingga kes selesai.

Bagaimanapun, peguam bela, S. Murali yang mewakili Hugan memohon pengurangan jaminan dengan alasan anak guamnya telah memberi kerjasama yang baik sepanjang siasatan dijalankan.

Mahkamah kemudiannya membenarkan jaminan sebanyak RM2,000 dikenakan terhadap tertuduh dengan seorang penjamin warganegara tempatan berserta syarat tambahan yang dimohon oleh pihak pendakwaan dan menetapkan 10 Mac hadapan untuk sebutan semula kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya