Pelumba basikal mati dilanggar

Pelumba basikal mati dilanggar

SARA PIFFER - WIKIPEDIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROM: Pelumba basikal Itali yang sEmakin meningkat, Sara Piffer meninggal dunia selepas atlet berusia 19 tahun itu dilanggar kereta ketika berlatih, Persatuan Pelumba Basikal Profesional Itali (ACCPI).

“Ingatan kami bersama keluarga kepada ahli kami, pasukan Mendelspeck, rakan-rakan sepasukannya dalam kumpulan dan semua mereka yang hari ini (kelmarin) dihimpit dengan kesedihan akibat kehilangan nyawa disebabkan kemalangan jalan raya,” kata ACCPI dalam satu kenyataan.

Piffer adalah sebahagian daripada pasukan Mendelspeck yang berpusat di Bolzano, dekat wilayah Trentino-South Tyrol, utara Itali.

Menurut laporan awal, Piffer sedang berbasikal di kawasan itu bersama abangnya apabila seorang lelaki berusia 70 tahun yang memandu dari arah bertentangan melanggarnya semasa memotong kenderaan lain.

Bagaimanapun, abangnya dilaporkan hanya cedera ringan.

Terdapat beberapa kemalangan jalan raya yang melibatkan pelumba basikal profesional dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Pada Ogos 2023, pelumba basikal Belgium, Tijl De Decker, 22, meninggal dunia selepas bertembung dengan bahagian belakang sebuah kereta semasa latihan.

Pada November 2022, pelumba basikal Itali, Davide Rebellin, dilanggar dan terbunuh oleh sebuah trak.

Pada tahun 2017, seorang lagi juara Itali, Michele Scarponi, turut meninggal dunia setelah dilanggar oleh sebuah van yang pemandunya sedang menonton video di telefon pintar. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya